Radio Televisyen Malaysia (RTM) sah menjadi penyiar rasmi kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026.
Pengumuman mengujakan ini dilakukan oleh pihak RTM menerusi sebuah hantaran di laman media sosial pada Khamis, sehari sebelum sepak mula aksi pembukaan FIFA ASEAN Cup 2026 antara Malaysia vs Bangladesh.
Pihak RTM mengumumkan bakal menyiarkan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya itu secara eksklusif terrestrial khususnya buat peminat di Malaysia yang tidak berkesempatan untuk ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.
Berita tersebut nyata memberikan kegembiraan dan kelegaan buat rakyat Malaysia yang ternanti-nanti aksi pasukan kebangsaan di kejohanan FIFA ASEAN Cup yang diadakan buat julung kalinya di Indonesia bermula pada Jumaat.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan membuka tirai kejohanan menentang Bangladesh pada 25 September, sebelum berdepan tugas getir bertemu tuan tumah, Indonesia selang 3 hari kemudian dan menghadapi Singapura dalam aksi terakhir kumpulan A.
Seramai 23 pemain terbaik menjadi sandaran pasukan Harimau Malaya kali ini, dengan nama-nama utama seperti Arif Aiman, Faisal Halim serta Dion Cools kembali disenaraikan selain kehadiran 3 tonggak naturalisasi bersama skuad negara.
Bergson dan Manuel Hidalgo melengkapkan proses naturalisasi selepas menetap di Malaysia selama 5 tahun manakala Brad Tapp hadir sebagai pemain warisan untuk membolehkan mereka menyarung jersi Harimau Malaya.