“Banyak Kelab Minat Faisal Halim” – Johan Kamal
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal memberitahu bahawa terdapat banyak kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Selangor, Faisal Halim.

Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja tiba di Lembah Klang pada musim ini dan beraksi cemerlang bersama The Red Giants.

Beliau berjaya membantu anak buah Tan Cheng Hoe untuk layak beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2024.

Advertisements

Dr. Johan ketika ditemu bual oleh Harimau Malaya tidak menafikan bahawa pemain lincah tersebut mendapat perhatian daripada kelab lain namun Selangor berusaha keras untuk mengekalkan khidmatnya.

“Memang banyak kelab yang berminat dengan Faisal Halim. Akan tetapi, kelab (Selangor) dan Mickey juga mempunyai hubungan yang baik.”

Advertisements

“Kita masih dalam fasa perundingan tetapi ia kelihatan amat positif cuma biasalah ada beberapa perlara kecil yang masih dalam perbincangan.”

Faisal juga menikmati musim cemerlang bersama kekab dan juga Malaysia selain menjadi penjaring terbanyak buat Harimau Malaya pada tahun 2023 dengan 6 gol.

Advertisements

Khidmat beliau sudah pasti mahu dikekalkan oleh kelab yang bakal ke Asia musim hadapan.

Selangor bakal turun ke Kelana Jaya bagi menghadapi aksi terakhir Liga Super 2023 berdepan PDRM FC pada 17 Disember 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram