Faisal Halim Ditempatkan Di ICU
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Susulan kecederaan yang menimpa pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akibat terkena simbahan asid, pemain itu kini dilaporkan sedang dipantau rapi oleh doktor di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Selangor.

Melalui satu perkongsian daripada wartawan Media Prima Berhad, Mohd Redzuan Abdul Manap, keadaan Faisal tidak baik selepas melalui pembedahan pertama.

Buat masa ini, doktor tidak membenarkan sesiapa untuk melawat pemain sayap berusia 26 tahun itu kecuali isterinya dan wakil kelab yang ditentukan.

Advertisements

“Faisal kini berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) untuk pemantauan rapi. Doktor tidak beri kebenaran sesiapa melawat kecuali isteri dan wakil kelab yang ditentukan, Selepas pembedahan pertama, keadaan tidak baik. Ada beberapa lagi pembedahan selepas ini,” coret Redzuan dalam satu ciapan di laman X.

Beberapa jam selepas kejadian yang menimpa Faisal, satu pembedahan telah dilakukan ke atas pemain kebangsaan itu dan ianya mengambil masa yang panjang iaitu selama empat jam.

Advertisements

Tragedi yang menimpa Faisal itu sekali gus memaksa pemain lincah ini berehat panjang dan dijangka khidmanya tidak dapat digunakan skuad kebangsaan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan pada Jun depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram