Faisal Halim Ingin Bawa Aura Malaysia Bersama Selangor FC
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berharap dapat membawa aura skuad Malaysia bila saingan Piala Malaysia kembali bermula.

Faisal menjadi tonggak utama negara dalam dua aksi persahabatan menentang Syria dan China. Malah, beliau turut menyumbang satu gol semasa Harimau Malaya mengikat China 1-1.

Ad

Kini, impak daripada dua perlawanan tersebut diharap dapat membantunya tampil lebih baik bersama Merah Kuning untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M).

Ad

“Alhamdulillah, rezeki dari Allah, saya dapat menjaringkan gol dalam perlawanan menentang China yang saya dedikasikan kepada Malaysia. Saya bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh keluarga saya dan penyokong.

“Walaupun kedua-dua perlawanan ini berakhir dengan seri, saya percaya para pemain telah berikan sepenuhnya kepada negara.

Ad

“Hari ini, saya dan rakan-rakan sepasukan saya Brendan Gan, Sharul Nazeem and Quentin Cheng akan meneruskan perjuangan dengan kelab dalam Liga Malaysia.

Ad

“Kita baru saja tiba di Malaysia pagi ini dan kita akan terus turun berlatih hari ini sebagai persediaan untuk perlawanan Piala Malaysia pada Sabtu ini,” katanya kepada laman sesawang rasmi Selangor.

Ad

Selangor bakal turun menentang Terengganu untuk aksi timbal balik suku akhir Piala Malaysia. Aksi suku akhir pertama berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 16 September ini.