Faisal Halim Ingin Kembali Ke Padang
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim berharap dapat kembali beraksi di atas padang seperti dulu.

Pada 5 Mei lalu, pemain sayap kebangsaan itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali.

Ad

Insiden itu menyebabkan beliau perlu melalui empat pembedahan di sebuah hospital di Lembah Klang sebelum dibenarkan pulang pada 25 Mei lepas.

Ad

Faisal kini meneruskan proses pemulihan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pengurusan Selangor atas faktor privasi diri dan keluarganya serta keselamatan.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu mengakui sukar menerima kenyataan apabila doktor memaklumkan beliau perlu berehat sekurang-kurangnya antara tiga hingga enam bulan.

Ad

Ini kerana sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak, Faisal tidak pernah berehat melebihi sebulan. Malah, beliau tetap menyahut panggilan Selangor mahupun Harimau Malaya meskipun ada ketikanya, beliau merasa kurang sihat.

Ad

Namun begitu, dengan doa dan sokongan ramai pihak, proses pemulihan yang dilalui Faisal berjalan lancar.

Ad

Atas sebab itu, beliau berharap ini dapat membantu dirinya kembali semula berlatih di atas padang dalam tempoh sebulan.

“Pada awalnya, doktor ada memberitahu saya bahawa saya perlu berehat tapi tak tahu boleh kembali atau tidak selama tiga hingga enam bulan.

“Apabila seorang pemain mendengar jawapan sebegitu, memang pada saya agak sukar menerima. Sepanjang karier saya, saya tak pernah berehat lebih satu bulan.

“Terutama sekali dalam dua tahun kebelakangan ini, saya kurang berehat. Semua panggilan saya pergi, semua kejohanan saya pergi baik kelab mahupun skuad kebangsaan.

“Apa-apa berkenaan bola sepak, saya tak pernah mengambil cuti walaupun saya demam (atau) pening, saya tetap di atas padang. Kalau nak tahu, boleh tanya pihak kelab.

“Tahun lepas, pernahkah saya minta cuti kerana demam? Walaupun demam, saya tetap datang ke padang. Saya berharap dalam satu bulan atau satu bulan lebih, saya nak kembali ke padang. Ini harapan saya, harapan Faisal Halim,” katanya dalam sidang media khas yang diadakan pada hari ini.

Meskipun begitu, Selangor tidak meletakkan tempoh bila Faisal akan kembali semula di atas padang.

Menurut doktor pasukan Merah Kuning, Dr Muhammad Hazwan Khair, keutamaan pasukan ialah memastikan beliau bukan saja pulih dari segi fizikal. Malah, Selangor ingin melihat Faisal benar-benar pulih dari segi mental sebelum beraksi semula.