Faisal Halim Kembali Berlatih, Selangor Tidak Mahu Tergesa-Gesa
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Selangor FC menjawab mengenai tempoh masa yang diperlukan oleh Faisal Halim bagi kembali menyertai pasukan setelah dilaporkan sudah turun berlatih semula minggu lalu.

Faisal Halim difahamkan sudah turun ke sesi latihan ringan minggu lalu buat kali pertama setelah insiden disimbah asid awal Mei lalu yang menyebabkan pemain berusia 26 tahun itu terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan.

Ad

Menurut Nidzam Jamil, Faisal kini sudah turun melakukan latihan ringan sejak minggu lalu di bawah pemantauan pasukan perubatan namun pemain sayap kebangsaan itu masih belum bersedia untuk kembali bersama pemain lain.

Ad

”Dia (Faisal Halim) masih lagi belum pulih tetapi dia sudah melalui beberapa latihan ringan atau proses rehabilitasi dengan doktor pasukan kami,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Kuching City Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, Selangor tidak mahu Faisal tergesa-gesa kembali ke pangkuan kelab dan bersedia memberikannya masa untuk memastikan keadaan fizikal dan mentalnya berada di tahap terbaik semula nanti.

Ad

“Doktor pasukan dan bahagian fisio Selangor FC sangat bekerja keras untuk memastikan Faisal Halim kembali pulih tetapi kita tidak mahu tergesa-gesa, kita mahu mengambil masa sedikit,” ujar jurulatih berusia 44 tahun itu lagi.

Ad

Dalam aksi suku akhir kedua Piala FA Sabtu lalu, Selangor dipaksa bekerja keras untuk menyingkirkan Kuching City dengan 9 orang pemain menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedudukan agregat terikat 4-4.

Ad

Kemenangan epik 5-3 dalam penentuan sepakan penalti membawa Selangor mara ke separuh akhir bagi berdepan Terengganu untuk aksi pertama di Kelana Jaya pada 20 Julai sebelum aksi kedua di Gong Badak pada 3 Ogos.

Selepas ini, Selangor akan kembali fokus kepada saingan Liga Super 2024/2025 dengan bertandang ke Cheras untuk menentang KL City dalam pertemuan derbi Lembah Klang pada 14 Julai.