Piala FA: Terengganu Mara Ke Separuh Akhir Dengan Agregat 7-0 Ke Atas Sabah
Piala FA
MakanBola
Sabah FC
Advertisements

Terengganu mempamerkan kemenangan bergaya ke atas Sabah dalam perlawanan kedua suku akhir Piala FA untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Sang Penyu menang selesa 4-0 di laman sendiri kepada Sabah sebelum ini sekaligus memberikan kelebihan buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.

Advertisements

Tomislav Steinbruckner mempertaruhkan gandingan trio serangan yang dibarisi oleh Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade untuk menggempur blok pertahanan Sabah.

Sabah turut meletakkan barisan pemain terbaik untuk aksi kedua ini seperti Rawilson, Daniel Ting, Dominic Tan, Stuart Wilkin serta Jafri Firdaus.

Advertisements

Terengganu tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Safawi Rasid tenang merembat masuk bola hantaran Ismaheel Akinade pada minit ke-10 perlawanan.

Sabah yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba untuk mengawal permainan namun Terengganu mempamerkan aksi yang lebih dominan pada babak pertama perlawanan.

Advertisements

Akhyar Rashid menambah keceriaan baut penyokong Terengganu apabila menyempurnakan bola lorongan Marin Pilj untuk gol kedua pasukan pada minit ke-43 perlawanan.

Aksi separuh masa pertama menjadi milik Terengganu dengan jaringan 2-0 ke atas pasukan Sabah.

Advertisements

Terengganu meneruskan misi menambah gol bagi menempah slot awal ke pusingan seterusnya tetapi beberapa percubaan Terengganu gagal menghasilkan jaringan.

Marin Pilj menjelmakan gol ketiga untuk Terengganu pada minit ke-87 permainanan menerusi jaringan daripada sepakan percuma.

Advertisements

Wisel penamat berbunyi menandakan Terengganu berjaya menewaskan Sabah hasil jaringan Safawi Rasid, Akhyar Rashid serta Marin Pilj.

Terengganu berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan 3-0 sekaligus mara ke separuh akhir Piala FA 2024/2025 dengan agregat 7-0 ke atas Sabah.

Advertisements

News Comments Account