Penjaring gol tunggal Malaysia berdepan China, Faisal Halim memecahkan rekod 16 tahun yang melibatkan pertembungan dua pasukan ini.
Aksi yang berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu ini menyaksikan anak didik Kim Pan-gon berjaya meraih keputusan seri 1-1.
Kini, berdasarkan kiraan masa nyata FIFA, Malaysia mengumpul keseluruhan mata sebanyak 1094.90 mata selepas berjaya mengikat China dengan keputusan 1-1.
Berdasarkan kiraan mata FIFA, Malaysia memperoleh +1.93 mata tambahan selepas beraksi cukup baik menentang pasukan 80 dunia itu.
Antara rekod yang menjadi tumpuan dalam aksi tersebut ialah rekod yang dipecahkan oleh pemain berusia 25 tahun menentang skuad Naga Emas itu.
Malaysia memiliki rekod kurang baik mementang China dalam 5 perlawanan terakhir selepas hanya mampu mencatatkan satu seri dan 4 kekalahan dalam pelbagai pertandingan menentang negara tembok besar itu.
Kali terakhir Malaysia menentang China adalah pada tahun 2013 namun merekodkan kekalahan 0-2 di tempat lawan.
Sebelum itu, Harimau Malaya seri 0-0 di Shah Alam dengan rekod kurang baik dicatatkan pada Piala Asia 2007 apabila tewas 1-5 di Kuala Lumpur.
Dalam tempoh tersebut, kali terakhir Malaysia menjaringkan gol menentang China adalah pada tahun 2007 iaitu kira-kira 16 tahun yang lalu menerusi ledakan pemain lagenda negara, Indra Putra Mahyuddin seperti yang dicatatkan oleh laman HarimauMYstats.
Jaringan Faisa itu akhirnya memecah kebuntuan pasukan selain memberi tonik tambahan sebagai persiapan menjelang aksi Piala Asia 2023 di Qatar.
Cabaran Malaysia seterusnya adalah aksi Pesta Bola Merdeka apabila dijadualkan berdepan pasukan ke-99 dunia, India.