Advertising
Faiz Nasir Bakal Sertai Kelantan Red Warriors
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Pasukan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal diperkuatkan dengan kehadiran bekas pemain kebangsaan, Faiz Nasir.

Selepas memilih meninggalkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), ramai peminat bola sepak tertanya-tanya destinasi pilihan pemain berusia 32 tahun itu.

Ad

Kini, wartawan MakanBola, Syafiq Freman melaporkan bekas pemain sayap Selangor FC itu bakal menyertai KRW.

Ad

Beliau difahamkan sudah mencapai persetujuan secara lisan dengan pengurusan KRW untuk menyertai pasukan itu.

“Faiz Nasir secara lisan bersetuju menyertai Kelantan Red Warriors FC! Kontrak sedang dipersiapkan, hanya menunggu masa sebelum ia dimeterai,” katanya di X.

Ad

Musim 2024/25 menyaksikan Faiz merekodkan lapan penampilan bersama Sang Kenari selepas menyertai kelab itu secara pinjaman dari Terengganu FC.

Ad

Selain Terengganu, Selangor dan Kedah, beliau juga pernah beraksi untuk Felcra FC, PBAPP dan Kelantan United FC (kini Kelantan Darul Naim FC (KDN FC)).

Ad

KRW ketika ini sibuk mengadakan sesi pemilihan pemain bagi membentuk pasukan menjelang musim 2025/26. Ketika ini, pasukan itu berada di Lembah Klang untuk sesi pemilihan seterusnya pada 2 Februari.