“FAM Jadi Mangsa” Hamidin
MakanBola
FA Malaysia

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sedar badan tersebut menjadi mangsa selepas pemergian Kim Pan-gon.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu meninggalkan Harimau Malaya selepas dua tahun 6 bulan bergelar jurulatih negara.

Ad

Beliau dalam satu kenyataan menceritakan kejadian sebenar yang menyebabkan juurulatih berusia 55 tahun itu meningggalkan Harimau Malaya dan sedar peminat akan marah dengan keadaan ini.

Ad

“Saya tahu peminat akan marah kepada FAM bila benda ini terjadi. Saya sudah nampak benda ini tetapi yang mengecewakan diri saya apabila beliau mengadakan sidang media dan temu bual di situ, dia kata ada beberapa sebab (seperti) tak dapat sokongan, pelepasan yang saya rasa dia mengambil kesempatan untuk pergi.

“Akhirnya, saya telah mendapat satu panggilan telefon mengatakan beliau telah memeterai perjanjian dengan Ulsan HD sebelum dia keluar. Jadi, ini kisahnya. Beliau di sini tidak profesional,” jelasnya.

Ad

Hamidin juga mendedahkan bahawa Pan-gon ada mencuba untuk menghubunginya namun beliau tidak menjawab panggilan tersebut.

Ad

“Hari ini, dia telefon dan faks saya banyak kali dan jujurnya, saya tak jawab. Saya kecewalah dengan semua (yang berlaku).

Ad

“Apa yang sedihnya FAM menjadi mangsa di sini. Bagaimana kita menjaga dia tetapi bila dia mendapat tawaran yang lebih tinggi, beliau tinggalkan dan beri alasan yang tidak betul,” ujarnya ketika ditemui media di Wisma FAM.

Kim Pan-gon kini bergelar pengendali Ulsan HD manakala Pau Marti bergelar pemangku Ketua Jurulatih Harimau Malaya.