Advertising
FAM Jawab Spekulasi Hairuddin Omar Jadi Pembantu Jurulatih
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengulas mengenai khabar angin membabitkan Hairuddin Omar bakal bersama skuad Harimau Malaya.

Pada Isnin, FAM dalam satu kenyataan telah mengumumkan pelantikan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan yang berkuat kuasa bermula 1 Januari.

Ad

”Bekas pengurus FC Tokyo, Peter Cklamovski dari Australia dilantik untuk menggalas tugasan ini selepas beliau dilihat sebagai seorang jurulatih muda yang berkaliber,” umum FAM.

Ad

Pengumuman ini sekaligus menjawab teka-teki individu yang bakal mengemudi skuad Harimau Malaya yang kini sedang berada dalam fasa penstrukturan semula oleh DYAM Tunku Ismail.

Walau bagaimanapun, calon pembantu kepada Cklamovski muka menjadi tanda tanya dengan timbul khabar angin yang mengaitkan jurulatih Terengganu II, Hairuddin Omar dengan jawatan itu.

Ad

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, desas-desus berkenaan Hairuddin Omar ini masih belum ada kata putus dan hanya berlegar dalam kalangan media sahaja.

Ad

”Saya tahu (khabar angin) Hairuddin Omar ini daripada media sahaja, masih belum ada kata putus secara tepat,” ujar Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Ad

Tugasan pertama Ckalmovski bersama skuad negara adalah dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada penghujung Mac tahun hadapan.