FAM Nafi Tuduhan Zamsaham
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Susulan dakwaan pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal membantu isu pendaftaran pemain pasukan itu, FAM tampil menafikan tuduhan tersebut.

Ini kerana kelewatan pendaftaran pemain berlaku disebabkan kelewatan skuad Kijang menyelesaikan pendaftaran semua pemain dalam tempoh yang ditetapkan. Malah, badan induk bola sepak negara itu sudah berusaha sehabis mungkin bagi membantu pendaftaran empat pemain import Kelantan.

Tetingkap perpindahan kedua musim ini menyaksikan The Red Warriors membawa masuk Alie Sesay, Aliakbar Ahmadi, Dennis Buschening dan Ahmed Magdy.

Advertisements

FAM turut menjelaskan perkara ini berlaku disebabkan masalah teknikal yang menyelubungi akaun Transfer Matching System (TMS) milik pasukan itu.

“Seterusnya (pada 31 Julai 2023), Kelantan FC telah mula memaklumkan bahawa akaun TMS Kelantan FC yang dipegang oleh bekas pegawai mereka tidak dapat diakses pada hari tersebut kerana mengalami masalah log masuk.

“Pegawai TMS FAM telah memaklumkan kepada Kelantan FC untuk membuat ‘troubleshooting’ ke atas akaun tersebut dan sekiranya masih lagi gagal, Kelantan FC perlu memaklumkan perkara ini kepada FIFA dengan secepat mungkin.

Advertisements

“Untuk makluman semua, setiap pasukan mempunyai akaun TMS masing-masing dan dimiliki oleh individu yang telah dilantik oleh Pasukan. Segala permasalahan berkenaan akaun pasukan perlu dirujuk terus kepada FIFA yang mengawal selia sistem tersebut.

“Hari tersebut (1 Ogos 2023) merupakan hari terakhir jendela perpindahan kedua pemain dan Pegawai TMS FAM mendapati masih tiada permohonan ITC yang didapati dalam sistem TMS bagi Kelantan FC untuk permohonan ITC pemain-pemain yang baharu.

“Sehingga tarikh ini, Kelantan FC masih lagi memaklumkan bahawa akaun TMS Kelantan FC yang dipegang oleh bekas pegawai mereka masih tidak dapat diakses kerana mengalami masalah log masuk.

Advertisements

“Kelantan FC hanya memohon kepada FIFA melalui e-mel untuk penukaran dan pelantikan akaun TMS yang baharu pada jam 11.15 malam iaitu 45 minit sebelum tempoh perpindahan ditutup.

“Pada tarikh ini juga, terdapat beberapa pasukan lain yang telah memohon ITC dan DTC (Sjili Perpindahan Domestik) pemain di saat akhir dan kesemuanya berjaya disempurnakan oleh Pegawai TMS FAM tanpa sebarang masalah log masuk atau masalah teknikal lain,” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas FIFA menutup akaun TMS milik bekas pegawai skuad Kijang itu, satu akaun TMS baru Kelantan segera dibuka menerusi FAM pada 2 Ogos lalu dengan Zamsaham sebagai pemilik akaun.

Advertisements

Badan induk bola sepak negara itu juga sudah menghantar surat rayuan kepada FIFA agar tetingkap perpindahan itu dilanjutkan bagi membolehkan pendaftaran pemain dapat dibuat pada 4 Ogos lalu tetapi gagal.

Susulan itu, satu lagi surat rayuan difailkan FAM pada 15 Ogos lalu agar Kelantan diberi kelonggaran berkenaan isu ini. Bagaimanapun, FIFA menyatakan ia tidak dapat dilakukan dengan menyatakan isu ini hanya boleh ditangani sebelum tempoh pendaftaran bermula.

“Surat jawapan tersebut telah dihantar oleh FAM kepada Kelantan FC untuk pemakluman. Surat daripada FIFA tersebut (yang dihantar pada 16 Ogos 2023) telah memberikan jawapan yang tegas, terang dan jelas bahawa Kelantan FC adalah tidak dibenarkan lagi untuk mendaftarkan pemain-pemain asing pada musim 2023 ini.

“Kegagalan ini adalah disebabkan Kelantan FC gagal untuk melengkapkan dokumen pendaftaran pemain sebelum jendela perpindahan pemain kedua yang telah pun ditutup pada 1 Ogos 2023.” tambahnya.

Dengan penafian ini, maka tamatlah harapan Kelantan untuk menggunakan empat pemain import baru yang dinyatakan sebelum ini.

Ini bermakna Leonardo Rolon dan Natanael Siringoringo akan terus menjadi awang import yang mengetuai cabaran The Red Warriors untuk baki musim Liga Malaysia (Liga M).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram