Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham sedar akan nasib yang bakal menimpa pasukannya.

Beliau menyaksikan pasukan miliknya dibelasah oleh juara bertahan Piala Malaysia, JDT di Stadium Sultan Ibrahim 10-0.

Keputusan itu cukup pahit untuk ditelan tatkala The Red Warriors tewas 15-1 secara agregat.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Zamsaham meluahkan kekecewaan yang terpendam di hatinya.

Beliau juga memohon maaf kepada penyokong setia pasukan Kelantan yang terpaksa menelan detik pahit ini.

“Saya mohon maaf atas kekalahan 10-0 dengan JDT. Saya orang Johor tetapi saya adalah pemilik Kelantan FC, takda owner kelab mahukan kelabnya kalah seperti semalam.”

Advertisements

“Saya dah usaha bawa team coaches baru. Coach Alferado, Gonzales, Arif semua dah didaftarkan. Tetapi pemain Import baru tak dapat didaftarkan kerana masalah teknikal TMS System yg hanya FAM sahaja boleh bantu bermula pembukaan Transfer Ban pada 27 July 2023. Hanya 4 hari Kelantan FC ada masa mendaftar.”

“Masalah teknikal TMS ini sangat mudah diselesaikan,tetapi hanya boleh akses selepas 4 Ogos 2023 iaitu selepas tutup pendaftaran pemain asing pada 1 Ogos 2023.”

Zamsaham juga yakin nasib Kelantan pasti berbeza sekiranya pemain import pasukan dapat didaftarkan.

Advertisements

“Inshallah, Jika Kelantan boleh daftar, tentu kita tak kalah seteruk ini.”

Beliau juga meluahkan rasa duka dengan sikap sesetengah pegawai FAM yang dianggap pilih kasih.

“Sikap double standard sesetengah pegawai FAM akan TRW Kelantan FC sangat mengecewakan saya.”

Advertisements

“Saya tahu Kelantan FC akan didenda, dikenakan tindakan akan komen saya ini, tapi saya dah 4 tahun dengan Kelantan FC saya tahu Kelantan memang tempat untuk FAM denda. Saya dah biasa,” jelasnya.

CF0B2A19 5122 4FEE 918E 0B2C0DABE5FE Zamsaham: Saya Tahu Kelantan Akan Didenda

Kelantan FC kini berdepan detik mencabar selepas dibelasah Terengganu 8-0 dan kini tewas pula 10-0 kepada JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram