Piala Malaysia: JDT Ke Suku Akhir Belasah Kelantan ’15-1′
Piala Malaysia
Advertisements

Aksi timbal balik Piala Malaysia menemukan dua pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga wakil Pantai Timur, Kelantan FC menyaksikan JDT layak ke suku akhir.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan anak didik Tano Solari turun dengan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama berbanding tempoh hari.

Harimau Selatan berada dalam kedudukan selesa dengan kelebihan 4 gol yang dibawa dari Stadium Sultan Muhammad ke-IV setelah merekodkan kemenangan 5-1.

Advertisements

JDT terus membuktikan dominasi berdepan The Red Warriors apabila menjaringkan gol seawal minit ke-21 menerusi percubaan Bergson da Silva.

Harimau Selatan menggandakan lagi kelebihan tiga minit selepas itu menerusi pemain import Jepun, Takahiro Kunimoto. Itu juga merupakan gol ke-100 JDT musim ini.

Advertisements

Kunimoto terus menambah derita The Red Warriors dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-37. Bergson kemudiannya menambah gol keempat pada minit ke-43 dengan JDT mendahului permainan 4-0.

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan terus menggandakan kelebihan menerusi Juan Muniz pada minit ke-54.

Advertisements

Daryl Sham yang masuk menggantikan Kunimoto pada minit ke-58 tidak menunggu lama menambah jaringan pada minit ke-59. Dua minit selepas itu, Heberty Fernandes menambah gol ketujuh untuk tuan rumah.

Mimpi ngeri 8-0 Kelantan berulang lagi apabila Arif Aiman Hanapi menyumbat gol kelapan pada minit ke-64. Bergson menyempurnakan hatriknya pada malam ini pada minit ke-73.

Advertisements

Pemain gantian, Aysar Hadi melengkapkan malam gemilang JDT dengan gol ke-10 pada minit akhir perlawanan.

Kemenangan 10-0 ini bukan saja menyaksikan juara bertahan Piala Malaysia itu melangkah ke suku akhir dengan agregat 15-1.

Malah, ini memadamkan rekod kemenangan terbesar Liga Malaysia (Liga M) musim ini iaitu 8-0 yang direkodkan Terengganu FC ke atas lawan sama beberapa hari lepas.

JDT menanti lawan di suku akhir dengan Kelantan United dan Negeri Sembilan bakal menjadi pasukan yang bakal berdepan gergasi bola sepak Malaysia itu selepas ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram