FAM: Terpulang Kepada Kelab Jika Nak Naturalisasikan Pemain
Dunia
KLCiy/Johor SaouthernTigers/TerengganuFC
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya memberi kebebasan kepada mana-mana kelab untuk menaturalisasikan pemain-pemain yang sudah layak dan cukup syarat dinaturalisasikan.

Datuk Hamidin berkata sedemikian dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan FAM. Hamidin memaklumkan kepada Bernama bahawa FAM turut menilai aspek positifnya untuk pemain naturalisasi ini berkhidmat bersama skuad kebangsaan di masa akan datang.

“Kita (FAM) nak melihat keberkesanannya (naturalisasi untuk skuad Harimau Malaya) pada masa akan datang. Kalau sekarang ini ada mana-mana kelab ingin menaturalisasikan pemain mereka, terpulang kepada mereka kerana pemain-pemain ini akan bermain untuk kelab.”

Advertisements

Ketika ditanya wartawan, Hamidin menjelaskan bahawa Liridon dan Sumareh tidak akan bersama skuad Harimau Malaya di pentas AFF atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, skuad Tan Cheng Hoe telah menyenarikan Arif Aiman sebagai pengganti.

“Saya difahamkan daripada Cheng Hoe bahawa Liridon baru dapat bermain di satu kelab di India (Odisha FC), dan atas faktor tidak menjalani latihan intensif beberapa bulan ini, jadi beliau tak disenaraikan, satu keputusan tepat. Sumareh mungkin difahamkan ada kecederaan groin, jadi mereka menyenaraikan Arif Aiman Hanapi.”

Menurut bernama, media sebelum ini melaporkan terdapat tiga kelab yang dalam perancangan untuk menaturalisasikan pemain-pemain mereka.

Advertisements

Pasukan KL City berminat untuk menaturalisasikan Romel Morales dan Paulo Josue sementara Sri Pahang pula merancang untuk menaturalisasikan Lee Tuck dan Sergio Aguero. Tidak ketinggalan, Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos yang kini bersama Johor Darul Ta’zim.

Kesemua pemain ini telah bermain dan menetap di Malaysia selama 5 tahun dan setakat ini, nama-nama ini masih mendapat respon positif daripada peminat bola sepak tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram