Panggilan ‘Kecemasan’, Arif Aiman Dipanggil Ke Kem Latihan Harimau Malaya
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman dipanggil semula menyertai kem latihan Harimau Malaya selepas disihsihkan sebelum ini atas alasan keletihan.

“Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Mohd Hanapi, 19, untuk melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, hari ini bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.” – Jelas laman Facebook FA Malaysia.

Sebelum ini Arif Aiman disisihkan Tan Cheng Hoe dari kem latihan kebangsaan atas alasan kepenatan dan menerima kritikan hebat penyokong bola sepak Malaysia yang jelas ingin pemain muda ini beraksi di Piala AFF.

Advertisements

Tindakan ini peroleh maklum balas baik penyokong bola sepak Malaysia yang percaya kepada prestasi cemerlang Arif Aiman.

Selain itu penjaga gawang PJ City, Kalamullah Al-Hafiz turut dipanggil semula Tan Cheng Hoe memperkuat skuad negara di Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram