FAM Umum Venue Rasmi Final Pestabola Merdeka 2023
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

FAM secara rasmi mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi aksi final Pestabola Merdeka 2023.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman, keputusan ini dibuat selepas menilai semua faktor yang berbangkit.

Ini termasuk maklumat terbaru hasil tinjauan ke atas padang SNBJ yang dibuat FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini.

Advertisements

“Dengan mengambil kira bahawa Stadium Nasional ini merupakan ‘Home of Harimau Malaya’ dan jumlah penjualan tiket aksi final yang sudah melebihi 10,000 penonton setakat ini, tiada venue lain di sekitar Lembah Klang yang mampu untuk menampung kapasiti tersebut kecuali Stadium Nasional.

“Malah jika dipindahkan aksi final ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu, ia akan menimbulkan lebih masalah dan kesulitan kepada para penyokong setia Harimau Malaya yang telah pun membeli tiket-tiket tersebut kerana majoriti mereka berada di Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, FAM turut mengambil kira pandangan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon berkenaan hal ini.

Advertisements

Bagi jurulatih Korea Selatan itu, keadaan padang baru SNBJ yang menggunakan rumput Zeon Zoysia dilihat lebih baik untuk perlawanan bola sepak berbanding rumput cowgrass.

Selain itu, dengan aksi final diadakan di SNBJ, ini tidak akan mengganggu fokus anak-anak buahnya untuk meraih trofi pertama buat Harimau Malaya bila menentang Tajikistan.

Justeru, penyokong Harimau Malaya diseru untuk hadir ke SNBJ bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara dalam aksi final menentang Tajikistan pada 17 Oktober ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram