Fandi Ahmad: Rekod Satu Hari Harus Dipecahkan
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad gembira apabila Paulo Josue menyamai rekodnya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City FC.

Sebelum ini, Fandi memegang gelaran berkenaan selepas menjaringkan 67 gol buat pasukan Lembah Klang itu dari 1986 hingga 1990. Sementara Josue dan Guilherme de Paula pula berkongsi 66 gol.

Ad

Manakala K. Kannan dan Subadron Aziz masing-masing merekodkan 60 dan 51 gol buat The City Boys.

Ad

Segalanya berubah apabila KL City turun berentap dengan Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 31 Julai lalu. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 3-0 buat The City Boys menerusi jaringan Josue, Zhafri Yahya dan gol sendiri Ko Kwang-min.

Gol tersebut bukan saja gol keempat tonggak Harimau Malaya itu dalam liga untuk musim 2024/25. Malah, itu sudah cukup buat Josue menyamai rekod Fandi.

Ad

Sebaik mendengar berita tersebut, Fandi gembira kerana pemain berdarah Brazil itu berjaya menyamai rekodnya. Dan beliau percaya Josue berupaya untuk menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City.

Ad

“Tahniah untuk dia. Pasal bola sepak, di mana-mana sama saja. Rekod satu hari pun harus dipecahkan,” katanya selepas perlawanan Sri Pahang-Selangor FC di Temerloh kepada Astro Arena.

Ad

Kemenangan ini menyaksikan KL City menduduki tangga ketiga liga meskipun berkongsi 11 mata dengan Terengganu FC. Ini kerana The City Boys memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik.