Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad sudah mengesan bahaya yang dibawa oleh tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes.
Kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim tidak seperti yang diharapkan apabila tewas 3-0 hasil ledakan hatrik pemain berusia 35 tahun itu.
Kemasukan beberapa pemain pada babak kedua permainan masih tidak dapat memberikan impak yang diharapkan apabila tiada sebarang jaringan pada babak kedua.
Impak yang dibawa oleh Heberty sudah dijangka oleh pengendali kelahiran Singapura itu dan pesanan yang diberikan terhadap para pemainnya sukar dilaksanakan.
“Kami mencuba yang terbaik tetapi JDT jauh lebih baik dan gagah. Pemain tidak boleh melakukan apa-apa.
“Saya sudah bilang kepada pemain untuk menutup kaki kiri Heberty (rembatan) tetapi mereka membiarkan juga dan tidak menutup ruang.
“Beliau (Heberty) membuka ruangnya sendiri dan menjaringkan gol,” jelasnya kepada Astro Arena.
Sri Pahang kini menghuni tangga ke-7 Liga Super dengan 4 mata dan mahu memanfaatkan rehat 3 minggu untuk mencari momentuk terbaik.