Farhan Roslan Puas Buka Akaun Gol
MakanBola
Sabah FC

Pemain sayap Sabah FC, Farhan Roslan mengakui merasa lega kerana dapat membuka akaun jaringannya untuk musim 2024/25.

Farhan menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee untuk merobek gawang Sri Pahang FC bersama Darren Lok dan Jafri Firdaus Chew untuk aksi liga pada 9 Ogos lalu.

Ad

Selepas ketinggalan menerusi gol awal Kpah Sherman, Sang Badak menyamakan kedudukan menerusi Jafri. Farhan kemudiannya membalas kepercayaan Kim Swee dengan meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-26.

Ad

Pemain pertahanan kebangsaan, Daniel Ting memastikan kemenangan Sabah dengan gol ketiga. Meskipun Sri Pahang merapatkan jurang menerusi Kpah, itu sudah terlambat buat tuan rumah.

Farhan berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukannya kerana mencipta peluang yang membawa kepada jaringan pertamanya musim ini.

Ad

Pada masa sama, pemain sayap berusia 27 tahun itu mahu meneruskan momentum kemenangan buat Sabah dalam aksi liga seterusnya.

Ad

“Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan. Satu pasukan bermain sehabis baik. Jadi, kalau tak kerana satu pasukan, saya tak menjaringkan gol.

Ad

“Alhamdulillah, malam ini saya dapat menjaringkan gol. Jadi, kita fokus kepada perlawanan seterusnya,” katanya dalam satu video yang disiarkan di Facebook rasmi Sabah.

Sejak menyertai Sabah pada 2022, bekas pemain sayap kebangsaan itu telah merekodkan 37 penampilan dan lima gol.