Ads
Liga Super: Sabah Kekal Di Kedudukan ke-3 Liga, Benam Sri Pahang
Liga Super
Sri Pahang FC

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malam ini menyaksikan Sabah bangkit membenam tuan rumah, Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. 

Advertisements

Aksi bermula rancak apabila penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman menjaringkan gol pembukaan selepas menerima umpanan kemas dari Sergio Aguero seawal 7 minit permainan.

Advertisements

Selepas setengah jam Sabah memberi asakan, akhirnya Jafri Chew berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 permainan. 

Advertisements
Advertisements

Pada minit ke-26 permainan, pemain lincah Sabah, Mohd Farhan Roslan menjaringkan gol kedua pasukan.

Pertahanan kiri lincah Sabah, Daniel Ting berjaya menggandakan jaringan ketiga buat pasukan pada minit ke-35 permainan. 

Advertisements

Separuh masa tamat, Sri Pahang 1-3 Sabah FC.

Separuh masa kedua Sri Pahang kembali bermula baik dengan baik apabila Kpah Sherman menjaringkan gol kedua pasukan sekaligus merapatkan defisit jaringan pada minit ke-48 permainan.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Sri Pahang terpaksa akur tewas 2-3 ke atas Sabah.

Kemenangan Sabah ini bermakna skuad kendalian Ong Kim Swee kekal di tangga ke-3 Liga dengan 13 mata sementara Sri Pahang di tangga ke-10 Liga dengan 6 mata.

Advertisements

Selepas ini, Sabah akan bertemu Selangor pada 13 Ogos manakala Sri Pahang beraksi menentang Terengganu pada 16 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram