Bekas peledak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri kini mula mencipta nama di England.
Pemain berusia 35 tahun itu meninggalkan JDT pada awal musim ini susulan mengalami kecederaan jangka panjang.
Tonggak kelahiran Itali itu kemudian dikesan berada bersama kelab kelabnya di England iaitu Watford FC untuk mendapatkan semula tahap prestasi terbaiknya.
Forestieri yang beraksi buat skuad Harimau Selatan selama hampir tiga musim itu kini telah menyertai salah sebuah kelab yang beraksi di Baller League UK Season 1.
Beliau kini bersama kelab yang dikenali sebagai N5 FC dan mencatat penampilan pertamanya ketika menentang VZN FC baru-baru ini.
Bekas pemain Udinese FC ini segera meninggalkan impak buat pasukan apabila merekodkan bantuan gol pertamanya setelah hampir 10 bulan tidak beraksi.
Beliau berjaya menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan dan menjulang 8 trofi domestik di Malaysia selain beraksi cemerlang pada pentas AFC Champions League Elite (ACLE).
Kelab yang diwakili Forestieri kini menghuni tangga tercorot saingan musim ini selepas 3 perlawanan dengan Yanited memimpin carta kumpulan dengan 9 mata.