Ads
Eropah
JST/Watford FC

Penyerang berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dikesan berada di Watford.

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan pemain Harimau Selatan sejak tahun 2022 namun kurang beraksi musim ini akibat kecederaan.

Advertisements

Beliau bagaimanapun mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dikesan berada di Watford yang juga merupakan bekas kelabnya.

Advertisements

Advertisements

Tonggak kelahiran Itali ini beraksi bersama Watford sejak tahun 2013 hingga 2015 sebelum menyertai Sheffield Wednesday.

Menerusi satu hantaran oleh Watford FC, Forestieri dikesan berada di sana bersama seorang lagi bekas pemain bagi aksi EFL Cup menentang Plymouth Argyle apabila mencatatkan kemenangan 2-0.

Advertisements

Beliau menerima sambutan hangat dan sempat menyampaikan sepatah dua kata kepada penyokong yang hadir di Stadium Vicarage Road.

Pasukan yang dikenali jolokan enggang itu kini dikendalikan oleh bekas lagenda Manchester United, Tom Cleverley manakala lawannya, Playmouth dibimbing oleh Wayne Rooney.

Forestieri sudah pun menyertai JDT sejak tahun 2022 dan menjadi watak penting pasukan dan berjaya membantu Harimau Selatan mengekalkan kejuaraan 4 trofi domestik selama dua musim berturut-turut.

Copy of Untitled Design 60 Fernando Forestieri Di Watford
Advertisements

Status semasa beliau bersama JDT masih belum dipastikan tatkala jendela perpindahan kedua Liga Super baru sahaja dibuka sehingga pertengahan September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram