Eropah

England Lebur Rekod Kebal 1,328 Hari Sepanyol

England Sepanyol England Lebur Rekod Kebal 1,328 Hari Sepanyol
Seleccion Espanola

Rekod tanpa kalah Sepanyol di pentas antarabangsa akhirnya lebur selepas 1,328 hari.

Advertisement

Rekod itu musnah apabila Sepanyol tumbang 3-2 di tangan England dalam aksi terbaru Liga Negara-Negara UEFA (UNL) pada Isnin.

Penalti Harry Kane meletakkan England di hadapan pada minit akhir babak pertama.

Ezra Konsa dan Ben White menambah derita La Roja pada minit ke-53 dan 57. Elliot Anderson kemudiannya dibuang padang pada minit ke-63.

Sepanyol memanfaatkan kelebihan 11 pemain untuk mengejar menerusi gol Mikel Oyarzabal dan Nico Williams.

Walau bagaimanapun, itu sudah terlewat untuk menghalang kemenangan England pada akhir perlawanan.

Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente tidak kecewa bila ditanya tentang kehilangan rekod tersebut.

Ini kerana pada hemat beliau, ini menunjukkan bukan mudah untuk mana-mana pasukan mengulangi apa yang dilakukan Sepanyol.

“Keputusan ini menyerlahkan betapa sukarnya untuk mencapai angka-angka ini, lebih-lebih lagi sambil memenangi UNL, EURO dan Piala Dunia sepanjang tempoh tersebut.

“Saya yakin bahawa yang terbaik masih belum tiba,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

Sepanyol berharap dapat bangkit dalam kalendar antarabangsa seterusnya pada Mac ini.