Reaksi ‘Hijau Putih’ Fernando Forestieri Curi Perhatian
MakanBola
Johor Southern Tigers

Reaksi emoticon hijau putih yang diberikan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mencuri perhatian.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat pusingan semula apabila memilih untuk kekal bersama skuad Harimau Selatan.

Ad
Advertisement

Kehadiran beberapa tonggak import baharu pada posisi serangan JDT bakal memberi saingan sengit terutamanya dalam kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim ini.

Ad

Kelibat bekas pemain Udinese di Serie A ini amat dirindui oleh penyokong tegar pasukan selepas kelibatnya tidak kelihatan pada aksi pra-musim di Sepanyol.

Advertisement

Beliau dan rakan sepasukan, Bergson difahamkan kini dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan yang menyebabkan kelibat mereka tidak kelihatan.

Forestieri bagaimanapun beraksi ketika menentang Lion City Sailors tempoh hari sekaligus meletakkan beliau dalam perancangan penting pasukan.

Ad
Advertisement

Kehangatan musim baharu sudah mula terasa apabila pemain kelahiran Itali ini telah memuat naik satu hantaran dengan meletakkan emoticon hijau putih yang melambangkan warna jersi baharu JDT pada satu hantaran Instagramnya.

Ad

Beliau kelihatan sungguh teruja untuk memulakan musim baharu bagi membantu JDT mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Advertisement

JDT terlepas peluang untuk memulakan aksi Piala Sumbangsih musim lalu apabila Selangor memilih untuk tidak hadir atas faktor keselamatan.

Advertisement

Skuad kendalian Hector Bidoglio bakal membuka tirai di Stadium Sultan Ibrahim menentang Negeri Sembilan pada 18 Mei jam 5:30 petang.