Jerebu yang berpanjangan telah mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian kewangan berjumlah AS$1.97 bilion(RM8 bilion) dan mengakibatkan lebih 1,700 kematian pramatang.
South China Morning Post melaporkan statistik ini berdasarkan Laporan Musim Kebakaran 2026 dan Jerebu Rentas Sempadan di Malaysia yang dikelola Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM).
Laporan ini merujuk kepada impak jerebu yang terhasil akibat kebakaran hutan di Indonesia kepada aspek kebajikan sosial yang lebih luas.
Laporan kajian merujuk kepada tempoh jerebu yang berpanjangan yang melanda Malaysia dari 1 Julai hingga 22 Oktober lalu.
Penutupan sekolah yang disebabkan oleh jerebu mengakibatkan kehilangan anggaran 8.4 juta hingga 13.4 juta hari persekolahan murid. Angka ini ditakrifkan sebagai jumlah terkumpul hari persekolahan rasmi yang terlepas bagi semua murid yang terkesan akibat jerebu.
Pendedahan jangka pendek kepada zarah halus jerebu menyumbang kepada anggaran 1,700 kematian pramatang.
Walau bagaimanapun, angka ini berpandukan model statistik dan bukannya kematian yang disahkan secara individu.
Kajian sama turut mendedahkan majoriti daripada 86 kemudahan milik ahli gabungan FMM terjejas akibat jerebu.
Selain mengganggu operasi pengeluaran, sebahagian besar daripada kilang turut berdepan masalah kekurangan tenaga pekerja, gangguan pengeluaran atau penghantaran dan ketidakhadiran akibat masalah kesihatan.


