Nama Lagenda Malaysia Terpahat Di Glasgow
MakanBola
MSN Malaysia

Nama legenda boling padang Malaysia, Siti Zalina Ahmad kembali menjadi sebutan peminat sukan negara baru-baru ini.

Perkara ini berlaku kerana nama beliau diabadikan sebagai salah satu daripada empat gelanggang boling padang untuk temasya Sukan Komanwel 2026 yang berlangsung di Glasgow, Scotland.

Selain jaguh Malaysia itu, penganjur temasya turut memberi penghormatan kepada tiga lagi figura. Mereka ialah David Bryant dan Ellen Falkner dari England serta Robert Weale dari Wales.

Inisiatif ini wujud hasil kerjasama antara jawatankuasa penganjur temasya dan World Bowls. Sepanjang Sukan Komanwel berlangsung, nama gelanggang akan digunakan bersempena nama anggota World Bowls Hall of Fame.

Siti Zalina dikenali kerana berjaya meraih tiga pingat emas. Dua daripadanya diraih dalam acara singles edisi 2002 dan 2006 serta acara pairs edisi 2018.

Sukan Komanwel 2026 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini. Boling padang dianggap antara lubuk pingat Malaysia dalam temasya berkenaan.