F1: Hujan Lebat Membasahi Bumi Sepang
MakanBola
Formula 1

Hujan lebat membasahi bumi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain di Sepang.

Perkembangan ini dikongsikan akaun rasmi Formula 1 (F1) menerusi satu hantaran di X. Sebaik lorong pit dibuka, hujan lebat membasahi SIC tatkala barisan pemandu F1 mula membawa jentera masing-masing ke petak mereka.

Pelumba Red Bull, Max Verstappen yang memulakan perlumbaan di petak utama dilihat membawa jenteranya dengan menggunakan tayar jenis intermediate.

Sekiranya situasi ini berterusan, hal ini bukan saja memaksa pemandu-pemandu F1 menggunakan tayar basah sepenuhnya untuk perlumbaan.

Malah, situasi ini juga dijangka memaksa pasukan-pasukan termasuk pendahulu kategori pengeluar, Mercedes merancang strategi terbaik untuk perlumbaan ini. Ini kerana pendahulu keseluruhan kategori pelumba, Kimi Antonelli bakal memulakan perlumbaan di tempat ketiga.

Antara isu yang bakal memberi cabaran kepada pasukan-pasukan F1 dalam cuaca hujan ialah isu tayar dan isu unit kuasa jentera masing-masing.

Selain itu, kesemua pelumba juga tidak mempunyai pengalaman berlumba menggunakan jentera spesifikasi baharu untuk tahun 2026 dalam keadaan basah.

Sehingga artikel ini ditulis, permulaan perlumbaan telah ditangguhkan sementara menunggu cuaca hujan reda sedikit. Waktu baharu permulaan perlumbaan tidak dinyatakan setakat ini.