Feroz Baharudin Antara 3 Tonggak Terkeluar Dari Senarai Bertemu Chinese Taipei
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Tiga tonggak utama Malaysia termasuklah pertahanan, Feroz Baharudin terpaksa disisihkan oleh Kim Pan-gon dalam aksi menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Harimau Malaya turun dengan misi besar memerlukan sekurang-kurangnya 7 jaringan ke atas Chinese Taipei sambil mengharapkan pasukan ke-77 dunia, Oman dapat mengatasi Kyrgyzsyan di laman sendiri.

Menerusi senarai barisan kesebelasan utama yang dimuatnaik di media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyaksikan tiada rombakan besar-besaran yang dilakukan oleh kem kejurulatihan negara.

Advertisements

Hanya satu pertukaran melibatkan pemain tengah negara, Stuart Wilkin yang digantikan oleh pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid manakala baki 10 pemain merupakan kesebelasan utama yang diturunkan ketika berdepan Kyrgyzstan minggu lalu.

Walau bagaimanapun, skuad kebangsaan terpaksa menyisihkan tiga pemain dalam senarai 23 pemain dengan seorang pemain di bahagian pertahanan sementara dua lagi merupakan tonggak di bahagian tengah.

Advertisements

Tiga pemain tersebut merupakan pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin, Zhafri Yahya dan Shamie Iszuan yang terpaksa diketepikan bagi menghadapi Chinese Taipei ini.

Perlawanan di antara skuad Malaysia dan Chinese Taipei bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula dijadualkan tepat jam sembilan malam waktu tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram