Hong Kong membuka tirai perlawanan kejohanan ini dengan baik sebagai pasukan tuan rumah bersama di FIFA ASEAN CUP 2026 selepas mudah menewaskan Laos dalam aksi pertama Kumpulan A Divisyen Cabaran pada Ahad.
Kemenangan 4-0 dicatatkan Hong Kong ke atas Laos dalam perlawanan pertama dijaringkan gol oleh Ming-Him Sun, Everton Camargo, Dudú dan Matthew Orr sekali gus memastikan pasukan julukan Naga itu meraih 3 mata penuh.
Kesebelasan utama tuan rumah dibarisi oleh C. Pong di posisi penjaga gol & Juninho sebagai penyerang pasukan tatkala Laos mempertaruhkan Souvanny dan Bounphachan Bounkong bagi memimpin jentera serangan.
Suasana di Stadium Kai Tak menjadi meriah selepas Ming-Him Sun meletakkan Naga di hadapan hasil jaringan pertama di minit ke-13 sekali gus memberikan kegembiraan kepada kem pasukan beliau.
20 minit selepas itu, Everton Camargo pula meledak gol kedua aksi sekali gus menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, pemain lincah Hong Kong, Dudú menambah pada minit ke-55 bagi memastikan Naga terus berada jauh di hadapan.
15 minit terakhir aksi, Laos tampak melakukan lambakan serangan berbahaya bagi mencari gol saguhati namun ketangkasan barisan pertahanan Hong Kong berjaya mematahkan setiap asakan.
Pemain gantian, Matthew Orr merobek gawang pasukan Laos pada penghujung separuh masa kedua menerusi sepakan penalti bagi memastikan skuad Naga meraih kemenangan besar.
Jaringan tersebut menutup perlawanan dengan keputusan 4-0.
Kemenangan besar ini memastikan Hong Kong membawa semangat positif bagi aksi kedua kejohanan apabila dijadualkan bertemu Brunei pada 30 September 2026 di tempat sendiri, Stadium Kai Tak.