FIFA ‘Perhatikan’ Kelab Liga Malaysia
Liga Super
MFL
Advertisements

Isu tunggakan gaji yang melanda beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) sejak beberapa tahun lalu telah mengundang perhatian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Hamidin menyifatkan isu ini sebagai satu penyakit yang perlu dihentikan dalam arena bola sepak negara.

Advertisements

Ini kerana jika situasi ini berterusan, ini bakal mengakibatkan Malaysia berdepan hukuman daripada badan induk bola sepak antarabangsa itu.

“Ini merupakan satu penyakit yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh. Sejak empat tahun lalu banyak kelab yang telah kita singkirkan seperti Perlis dan Melaka (United).”

“Masalah tidak membayar gaji pemain ini merupakan tindakan yang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA paling tidak suka jika ia berterusan berbanding kesalahan yang lain yang masih boleh dibincangkan,” ujarnya kepada Stadium Astro.

Advertisements

Isu ini juga mendorong Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk bersikap tegas dari segi pemberian lesen kepada kelab-kelab Liga M.

Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, pendirian tegas berkenaan isu ini perlu dibuat demi memastikan bola sepak negara kekal kompetitif dan dalam keadaan yang bagus.

“Dan seperti dalam kenyataan akhbar (Hamidin) hari ini (beberapa hari lepas), FIFA dan AFC tengah perhatikan liga kita tentang masalah tunggakan gaji yang berlaku dalam liga kita.

Advertisements

“Jadi, MFL pula akan ambil langkah tertentu untuk pastikan ia tidak berlaku lebih teruk lagilah. Itu sebabnya kita membantu pasukan-pasukan ini.

“Apabila ada masalah, kita beri tunjuk ajar dan sebagainya untuk memastikan tidak berlaku atau dapat diatasi segera.

“Kalau dulu, hanya enam bulan sekali perlesenan tetapi kali ini kita akan periksa lesen setiap bulan untuk periksa tahap kewangan (kelab),” katanya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Advertisements

Selain bersikap tegas dari segi perlesenan, MFL juga bakal memperkenalkan Financial Fair Play (FFP) dalam Liga Super musim 2024-2025 yang bermula pada Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram