MFL Bakal Laksanakan FFP Di Liga Malaysia
Liga Super
Syaf/MakanBola
Advertisements

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan memperkenalkan peraturan Financial Fair Play (FFP) menjelang sepak mula Liga Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden MFL, Datuk Abd. Ghani Hassan ketika ditemui media berkenaan perancangan badan tersebut untuk mengawal masalah gaji yang berlarutan.

Katanya, MFL menandang serius isu tunggakan gaji yang melanda beberapa kelab Liga Super 2023 termasuklah Kelantan FC yang telah disingkirkan dari saingan utama bagi musim baharu.

Advertisements

Mengulas lanjut, keadaan yang melanda pasukan seperti KL City dan Kedah Darul Aman memaksa MFL untuk bertindak lebih tegas bagi memastikan nilai komersial liga tidak terjejas.

Sebelum ini, Liga Malaysia telah mengguna pakai Program Kawalan Ekonomi (ECP) namun mengesan terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik.

“MFL akan lancarkan juga FFP. Sebelum ini kita (Liga Malaysia) ada HEP yang diambil daripada luar dan digunakan bulat-bulat maka ia tidak sesuai.”

Advertisements

Usaha ini juga sejajar dengan saranan pemilik kelab JDT, DYAM TMJ untuk memastikan kelab di Liga Malaysia tidak lagi berbelanja di luar kemampuan.

“FFP kali ini seperti mana yang dicadangkan oleh DYAM TMJ dan akan mengikut kemampuan liga kita.”

“Setiap pasukan akan isytiharkan berapa bajet mereka bagi satu musim termasuklah penaja yang masuk dan akan dihantar ke MFL. Sebagai contoh, sekiranya bajet pasukan sekitar RM10 Juta, maka mereka hanya boleh berbelanja sekitar RM8 Juta sahaja.”

Advertisements

“Baki RM2 Juta itu akan disimpan untuk bayaran pengurusan dan sebagainya. MFL tak benarkan dana RM10 Juta dan dibelanjakan semuanya, akan ada simpanan pada peringkat kelab itu sendiri,” ujar Datuk Ghani ketika ditemui di Corsett Hotel, Subang Jaya.

Selain itu, pihak MFL akan mengadakan satu sidang media rasmi untuk mengumumkan tentang pelan perangkaan FFP yang akan diguna pakai di Liga Malaysia bagi musim ini.

Liga Super musim 2024/25 dijadualkan akan berlangsung sekitar 10-12 Mei dengan penggunaan VAR juga bakal dilaksanakan di stadium seluruh negeri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram