TMJ: Tak Semua Kelab Ada Keistimewaan Sapu Duit Kerajaan Setiap Tahun
Liga Super
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

DYAM TMJ menzahirkan pandangan baginda berkenaan kerjasama sesetengah kelab di Malaysia dengan pasukan luar negara.

Umum mengetahui bahawa pasukan Liga Super, KL City FC kini menjalin kerjasama dengan sebuah pasukan La Liga, Cadiz CF.

Kerjasama ini menyaksikan dua kelab ini bakal bekerjasama dalam beberapa aspek seperti teknikal dan komersial selain The City Boys berpeluang untuk menjalani latihan pra-musim bersama Cadiz.

Advertisements

Menerusi satu komentar yang di media sosial, TMJ memberitahu bahawa tidak semua kerjasama yang diusahakan oleh kelab-kelab di Malaysia ini memberikan kelebihan buat pasukan.

“Pj City jalin kerjasama dengan Manchester City. Di mana PJ City pada hari ini? Saya dah berkerjasama dengan banyak kelab, Dortmund, Juve, City Group, Valencia, Atalatico Madrid, dan Saporro dari Jepun.”

Advertisements

“Tetapi kami hanya berkongsi kepakaran, pembangunan, dan perancangan sahaja. “Survival”, starategi komersial, duit, pembangunan akar umbi dan infrastruktur semua kena buat sendiri.”

Baginda juga mencadangkan agar kelab-kelab di Malaysia memiliki program pembangunan akar umbi sendiri selain peranan MFL dan FAM diperlukan.

Advertisements

“Sebab itu saya cadangkan tahun depan FAM dan MFL untuk mengimplementasikan “Financial fair play” dan setiap pasukan mesti ada “Program akar umbi.” Wajib.”

“Kawal pasukan berbelanja ikut kemampuan so tiada berbelanja melebihi kemampuan dan tak bayar gaji pemain. Demi kelab untuk bertahan lama kerana tak semua kelab ada keistimewaan sapu duit kerajaan setiap tahun,” ujar TMJ di ruangan komen Malaysiafootballeague.

Advertisements

JDT telah pun menjalinkan banyak kerjasama dengan pelbagai pihak yang menyaksikan mereka terus menjadi antara salah sebuah kelab terbaik di Asia dari segi komersial pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram