Advertisement
FIFA Puji Malaysia Lagi
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi tampil untuk memuji Malaysia susulan prestasi luar biasa sejak kebelakangan ini.

Harimau Malaya kini telah menamatkan kempen di Piala Asia 2023 selepas mengakhiri cabaran di tangga ke-4 dan memperoleh satu mata.

Kejayaan mengikat jaguh Asia, Korea Selatan telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan sebenar Malaysia untuk bersaing di pentas tertinggi.

Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh laman FIFA, skuad kebangsaan sekali lagi menjadi tumpuan untuk terus merekodkan pencapaian cemerlang di Kelayakan Piala Dunia.

Anak buah Kim Pan-gon telah mencatatkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei dan meledak 5 gol daripada dua perlawanan.

FIFA berkongsi kisah perjalanan 5 pasukan yang kini sedang mengarungi tempoh baik pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia mensasarkan untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan untuk mencerahkan peluang mara ke Piala Dunia 2026.

“Sementara pusingan kedua AFC yang lain semuanya diketuai oleh pasukan gergasi seperti Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi, Malaysia menonjol sebagai yang memperagakan aksi cemerlang dalam Kumpulan D.”

“Mereka mencatat satu-satunya rekod yang tidak tercalar (semua kemenangan), mencatat kemenangan ke atas Republik Kyrgyz (4-3) dan Chinese Taipei (1-0) pada bulan November.”

“Oman yang berada di kedudukan ke-74 dan di atas Malaysia sebanyak 56 tangga bakal menjadi lawan Harimau Malaya sebanyak dua kalipada bulan Mac,” ujar FIFA.

Oman bagaimanapun masih dilihat sebagai pasukan pilihan berdasarkan kedudukan ranking semasa.

Malaysia akan bertemu Oman pada 22 Mac 2024 di laman lawan dalam misi meneruskan rentak baik sejak November lalu.

Antara pencapaian hebat Malaysia ketika ini adalah berjaya merakamkan 5 daripada 7 kemenangan pada pusingan Kelayakan Piala Dunia.