Kesatuan Pemain-Pemain Bolasepak Antarabangsa (FIFpro) memuji tindakan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) heret pemilik kelab ke muka pengadilan.
Sebelum ini, portal Scopp ada melaporkan seorang individu kenamaan yang juga pemilik kelab akan di penjara selepas gagal melunaskan hutang tunggakan gaji pemain.
Kelab yang terlibat adalah Kuantan FA dan Marcerra United. Seramai 30 pemain menuntut gaji musim 2018 dengan anggaran lebih RM6 juta.
Pihak PFAM telah melantik sebuah syarikat guaman mewakili dua kelab tersebut untuk memastikan setiap hak seorang pemain bola sepak Profesional terbela.
“Mereka yang percaya kepada tadbir urus yang baik akan berasa gembira.
“Apabila pemimpin kelab tidak mahu membayar, tidak ada cara boleh diatur dalam industri bola sepak. Itulah sebabnya kami memutuskan untuk memohon Mahkamah Tinggi, kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan pemain apa yang mereka patut bayar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.
Bagaimanapun tempoh tarikh yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah telahpun tamat dan pemilik dua kelab ini bakal berdepan hukuman penjara.
Oleh itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail memaklumkan bahwa pihaknya ini telah memohon ke Mahkamah Tinggi membuat keputusan kepada individu tersebut untuk di penjara.
Memetik laporan FIFpro, ada menyatakan sekiranya pemilik masih gagal membayar jumlah yang ditetapkan berkemungkinan pemilik akan diisytiharkan bankrap dan harta akan dirampas. Itu adalah salah satu langkah lain jika pemilik kekal gagal dalam melunaskan tunggakan.
PFAM terus kekal komited dalam menangani isu ini dan mahu menyelesaikan dengan cara yang lebih tegas dan tiada kompromi.
“Kami menganggap bahawa keputusan Mahkamah Tinggi akan memaksa pemilik untuk mengambil tindakan, dan jika tidak, dia akan kekal di dalam penjara sehingga keadilan ditegakkan,” katanya lagi.
Tindakan pro-aktif oleh pihak PFAM dengan melibatkan undang-undang serta kerjasama syarikat guaman yang terlibat menarik perhatian sebagai ahli gabungan FIFpro.
Ianya salah satu perkara yang perlu diambil berat dan serius agar kebajikan seorang pemain bola sepak profesional terus dijaga dengan telus oleh setiap pemilik kelab.