Advertising
Filipina Aibkan Indonesia 6-1
UltraSukan
Philippine Women’s FA

Aksi pertama AFC Asian Cup U-17 Women menyaksikan pasukan tuan rumah, Indonesia dimalukan oleh Filipina di Bali.

Indonesia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Jepun, Satoru Mochizuki melakukan penampilan kedua di pentas Asia selepas kali pertama pada tahun 2005 manakala skuad muda Filipina melakukan debut pada edisi kali ini.

Aksi di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali berlangsung dengan sengit sehinggalah pemain penyerang yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Alexa Pino menanduk cantik gol pendahuluan buat Filipina seawal minit kesembilan perlawanan.

Ad

Walau bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi percubaan jarak jauh Claudia Scheunemann empat minit kemudian yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Filipina.

Jael-Marie Guy kembali meletakkan Filipina di hadapan pada minit ke-23 sebelum kapten pasukan, Ariana Markey menggandakan kelebihan dengan gol ketiga pasukan tujuh minit berselang.

Ad
Ad

Lapan minit sebelum rehat, Alexa Pino sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring dengan gol kedua peribadi dan juga gol keempat untuk Filipina menutup cerita babak pertama dengan kelebihan 4-1 ke atas Indonesia.

Ad

Bersambung separuh masa kedua, Filipina terus mengganas dengan gol kelima dan keenam pasukan hadir menerusi Natalie Collins pada minit ke-54 dan 63 permainan.

Beberapa pertukaran dilakukan kedua-dua pasukan dengan memasukkan tenaga baharu bagi menjadikan permainan kembali rancak.

Tiada lagi gol dapat dihasilkan selepas itu meskipun Indonesia dan Filipina memiliki peluang-peluang keemasan untuk menambah jaringan lagi.

Permainan tamat, Indonesia 1-6 Filipina.

Kemenangan ini meletakkan Filipina di tangga kedua kumpulan A dengan tiga mata, berkongsi mata bersama Korea Utara yang membelasah Korea Selatan 7-0 dalam aksi di sebelah petang.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Indonesia akan turun berdepan Korea Selatan di venue yang sama manakala Filipina bakal membuat perhitungan menentang Korea Utara di Pusat Latihan Bali United pada 9 Mei.

Sorotan aksi Indonesia vs Filipina: Di sini.