Filipina Ajak Vietnam Bersatu Hati Tewaskan Indonesia
Asia Tenggara
Philippine Men’s National Football Team
Advertisements

Pengendali Filipina, Tom Saintfiet mengharapkan sokongan penyokong Vietnam apabila turun menentang Indonesia nanti.

Selepas lima perlawanan, slot kelayakan kedua Kumpulan F masih lagi terbuka membabitkan Indonesia dan Golden Star Warriors.

Vietnam menghidupkan kembali peluang untuk layak selepas menewaskan Filipina 3-2 di Stadium Nasional My Dinh pada Khamis lepas. Situasi mereka turut dibantu dengan kejayaan Iraq mengalahkan Tim Garuda 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada hari yang sama.

Advertisements

Keadaan ini menyebabkan Indonesia dan Vietnam masing-masing memiliki tujuh dan enam mata selepas lima perlawanan.

Saintfiet sedar peluang Filipina untuk layak ke pusingan seterusnya sudah tertutup. Pada masa sama, beliau melihat kemenangan ke atas Indonesia sebagai persediaan yang baik sebagai satu peluang untuk membantu The Azkals dan Vietnam.

Advertisements

Ini kerana kemenangan itu boleh dijadikan sebagai asas yang baik untuk mendepani pusingan kelayakan Piala Asia 2027 dan ASEAN Championship 2024.

Atas sebab itu, Saintfiet mengharapkan sokongan penyokong Vietnam bagi merealisasikan misi mereka bila berada di Jakarta nanti.

Advertisements

“Saya amat berharap dapat menerima sokongan daripada warga Vietnam. Filipina akan beraksi sebaik mungkin meskipun Indonesia satu pasukan yang kuat dan dahagakan kemenangan,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan seperti yang dilaporkan VNExpress.

Filipina bakal menutup kempen Kumpulan C dengan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 11 Jun.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram