Ads
Filipina Ikut Jejak Malaysia
Asia Tenggara
FA Malaysia

Skuad kebangsaan Filipina mengikut jejak Malaysia dengan melantik jurulatih kelahiran Sepanyol iaitu Albert Capellas sebagai ketua jurulatih bola sepak kebangsaan negara tersebut.

Advertisements

Albert Capellas akan mengambil alih tugas Norman Fegidero yang sebelum ini menjadi pemangku ketua jurulatih dan perlawanan pertama Filipina di bawah kendalian Capellas adalah menentang Hong Kong pada 14 November depan.

Advertisements

Dengan pelantikan Capellas sebagai jurulatih Filipina, ini bermakna Filipina mengikut jejak langkah Malaysia yang turut melantik jurulatih kelahiran Sepanyol, Pau Marti Vicente sebagai ketua jurulatih.

Advertisements
Advertisements

Lebih menarik lagi, Capellas dan Pau Marti merupakan bekas pembantu jurulatih Barcelona B beberapa tahun yang lalu selain kedua-duanya pernah menjadi pengurus akademi di Barcelona.

Mengikut kepada pengalaman, sudah pasti Capellas mempunyai lebih banyak pengalaman sebagai ketua jurulatih apabila pernah membimbing pasukan gergasi Denmark, FC Midtjylland serta turut pernah menjadi pembantu jurulatih untuk pasukan Borussia Dortmund.

Advertisements

Pelantikan Capellas buat Filipina sudah pasti akan memberikan nilai tambah buat pasukan tersebut yang kini semakin jauh ketinggalan dalam kedudukan ranking FIFA.

Advertisements

Filipina kini menduduki tangga ke-147 dunia dan menjadi pasukan keenam di Asia Tenggara selepas Australia (25), Thailand (100), Vietnam (116), Indonesia (129) dan Malaysia (132).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram