Filipina Mantap Kejutkan Kyrgyzstan
Asia Tenggara
Philippines Football Federation
Advertisements

Pasukan Filipina mencipta kejutan dengan mengalahkan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan dalam perlawanan persahabatan tertutup semalam.

Selepas meraih kemenangan ke atas Afghanistan pada 12 September lalu, The Azkals mahu mengutip kemenangan kedua dalam kalendar antarabangsa FIFA.

Kyrgyzstan yang dibimbing Stefan Tarkovic dilihat pilihan utama disebabkan kelebihan ranking FIFA.

Advertisements

Selain itu, mereka juga mahu bangkit selepas tewas kepada Bahrain dalam aksi persahabatan pada 12 Oktober lalu.

Bagaimanapun, kebangkitan yang dicari Tarkovic dan anak-anak buahnya tidak kesampaian apabila Audie Menzi meledakkan gol kemenangan pada minit ke-71.

Advertisements

Gol tersebut sudah cukup buat The Azkals memintas kembali Malaysia ke tangga ke-132 berdasarkan ranking terkini FIFA.

Pencapaian cemerlang Filipina ini diharap dapat diteruskan apabila mereka bertemu pasukan Asia Barat, Bahrain pada 17 Oktober ini.

Advertisements

Berita ini juga dianggap berita baik buat Harimau Malaya kerana dapat mengetahui kekuatan lawan mereka itu yang berada dalam Kumpulan D untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram