Harimau Malaya
The Azkals
Advertisements

Pesaing hebat Malaysia, Filipina memberi saingan sengit kepada pasukan kebangsaan selepas memintas kedudukan FIFA berdasarkan kedudukan masa nyata.

Skuad kendalian Kim Pan-gon melakukan satu tugasan yang cukup luar biasa selepas memintas kedudukan Filipina selepas kali terakhir melakukannya kira-kira 12 tahun yang lalu.

Harimau Malaya berjaya mengejutkan pasukan ke-102 dunia, India di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 13 Oktober 2023 dengan kemenangan 4-2 untuk meraih tambahan +6.04 mata FIFA.

Advertisements

Sungguhpun pada awalnya kemenangan itu berjaya membantu skuad kebangsaan memintas Filipina, jaguh Asia Tenggara itu kembali memungut mata penting buat pasukan.

The Azkals merekodkan kemenangan berdepan Kyrgyzstan dengan keputusan 1-0 untuk memperoleh tambahan +6.17 mata FIFA.

Advertisements

Ini menyaksikan Filipina kembali memintas Malaysia dengan pungutan 1105.46 mata (132 dunia) berbanding Harimau Malaya 1100.94 mata (134 dunia).

Kemenangan berdepan Tajikistan pada aksi final Pestabola Merdeka 2023 bakal membantu Malaysia untuk memperoleh 5.78 mata FIFA dan berpeluang untuk berada pada kedudukan lebih baik berbanding Latvia.

Advertisements
Untitled design 14 Ranking FIFA: Filipina Kembali Pintas Kedudukan Malaysia

Filipina bakal bertemu Bahrain pada 18 Oktober 2023 bagi satu aksi persahabatan menjelang Kelayakan Piala Dunia tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram