Kim Pan-gon: Kenapa Jurulatih Tajikistan ‘Menangis’ Sebelum Aksi Bermula?
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Jurulatih skuad senior Malaysia, Kim Pan-gon berpandangan sebarang masalah yang dihadapi lawan tidak sepatutnya didedahkan untuk pengetahuan umum kerana itu satu sikap buruk.

Beliau berpandangan demikian selepas jurulatih Tajikistan, Petar Segrt mendedahkan pelbagai masalah yang dihadapi pasukannya termasuk ketiadaan 15 pemain utama.

Bagi Pan-gon, sebagai pemimpin pasukan, jurulatih bukan saja perlu menunjukkan teladan yang bagus buat anak-anak buahnya.

Advertisements

Malah, mereka perlu percaya dengan kemampuan pemain-pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan dan memiliki mentaliti kemenangan.

Bekas jurulatih Hong Kong itu melihat perbuatan tersebut seolah-olah tidak menghormati para pemain yang menjadi lawan Harimau Malaya esok.

Advertisements

“Kenapa beliau mahu menangis sebelum perlawanan? Itu tabiat buruk, orang sudah bermain, beliau gunakan perkara ini sebagai alasan. Sebagai seorang pemimpin, saya takkan bercakap sebegitu rupa.

“Kita mesti percayakan pemain-pemain kita, percaya kepada pasukan kita. Apa yang kita ada inilah yang terbaik. Mentalitinya ialah kita mesti beri aksi terbaik dan mencari kemenangan.

Advertisements

“Sebagai pemimpin, orang yang mengatakan ‘Kita tiada keyakinan, kita tiada pemain dan menunggu kehadiran tuah’, saya tak tahu apa sebab orang ini digajikan (sebagai jurulatih kebangsaan).

“Jadi, bagi saya, ini satu sikap yang buruk. Beliau tidak menunjukkan rasa hormat kepada pasukannya.

Advertisements

“Apa yang saya boleh katakan ialah kita ada skuad penuh, kita ada keyakinan dan sudah bersiap sedia. Dan kita akan beri persembahan terbaik kepada penyokong,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Malaysia bakal bersemuka dengan Tajikistan untuk aksi final Pestabola Merdeka 2023 esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan esok dianggap medan membalas dendam buat Harimau Malaya selepas tewas kepada lawan sama dalam aksi final Thai King’s Cup pada tahun lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram