King’s Cup: Tajikistan Juara Tewaskan Malaysia

FA Malaysia
Nik Faris
@nikfalovic
11:37pm 25/09/2022

Pertembungan antara pasukan Malaysia menetang Tajikistan berkesudahan dengan kemenangan milik Tajikistan menerusi sepakan penalti.

Kim Pan-gon telah membuat pertukaran dalam kesebelasan utama terutamanya pada bahagian serangan pasukan.

Peluang terbaik buat Harimau Malaya hadir menerusi satu serangan balas namun rembatan Akhyar Rashid berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov.

Anak didik Petar Segrt memiliki peluang pada minit ke-12 namun rembatan pemain pertahanannya sedikit tersasar.

Aksi dalam keadaan hujan nyata memberi impak terhadap persembahan pasukan kebangsaan namun percubaan hadir apabila hantaran lintang Nazmi Faiz ditanduk oleh Brendan Gan namun sedikit tersasar.

Harimau Malaya datang dengan percubaan namun sepakan gunting yang dilakukan oleh kapten pasukan, Syafiq Ahmad namun sedikit tersasar.

Bersambung babak kedua, pertukaran awal Kim Pan-gon memasukkan Faisal Halim memberi sinar baru kepada pasukan.

Akhyar Rashid sekali lagi menguji gawang Tajikistan apabila membuat satu larian sebelum rembatannya tidak tepat ke gawang gol pada minit ke-52.

Rembatan kencang oleh Safawi Rasid hampir membuahkan hasil namun Yatimov lebih bersedia menafikan percubaan tersebut.

Sungguhpun Tajikistan memperoleh gol, namun ia tidak cukup apabila pemainnya sudah pun berada dalam keadaan ofsaid.

Keputusan ini kekal sehingga tamat wisel permainan sekaligus mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Impian ini masih tidak dapat direalisasikan selepas tiga sepakan penalti oleh Cools, Nazmi dan Safawi tidak menemui gawang gol sekaligus melihat piala ini milik Tajikistan.