Filipina ‘Tempang’ Ke Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Filipina tempang ke Malaysia bagi menghadapi aksi Pestabola Merdeka 2024.

Skuad kendalian Tom Saintfiet tidak berada dalam momentum terbaik ketika ini terutamanya selepas tersingkir daripada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

The Azkals bagaimanapun dibarisi oleh beberapa mula baharu dalam pasukan seperti Zico Bailey, Alex Moris, Pocholo Bugas dan Santi Rublico.

Rekod bagaimanapun tidak memihak kepada Filipina apabila tewas 5 daripada 6 perlawanan terakhir.

Indonesia menewaskan Filipina 2-0, Vietnam mengatasi lawan sama dengan jaringan 3-2 sebelum dibelasah teruk oleh Iraq 5-0 di tempat sendiri.

Filpina akan beraksi di Pestabola Merdeka 2024 antara 2 hingga 10 September 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Lawan berpotensi menanti pasukan ke-147 dunia itu adalah Malaysia, Lubanan dan juga juara bertahan, Tajikistan.

Malaysia juga baru sahaja kehilangan Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon yang membawa haluan baharu apabila menjadi pengendali Ulsan HD.

Pada edisi yang lalu, Harimau Malaya berjaya melangkah ke pentas akhir namun tewas 0-2 di tangan Tajikistan.