Ads
Final MSS Johor Dicemari Insiden Ganas Ala WWE
Komuniti
Sinija

Aksi final bola sepak Bawah 18 Tahun (B-18) Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Johor 2024 dicemari dengan insiden ganas persis perlawanan gusti WWE.

Advertisements

Final kejohanan menemukan pasukan MSS Batu Pahat dan MSS Johor Bahru. Kedua-dua pasukan ini berentap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing pada 8 Ogos lalu.

Advertisements

Aksi final yang disiarkan di platform Sinija itu mula panas pada minit ke-63. Ini disebabkan tindakan tolak-menolak yang berlaku antara pemain kedua-dua pasukan.

Advertisements
Advertisements

Insiden ini tercetus sebaik MSS Batu Pahat menjaringkan gol kedua perlawanan. Gol tersebut memastikan MSS Batu Pahat muncul juara dengan keputusan 2-1.

Berang dengan apa yang berlaku, penjaga gol MSS Johor Bahru bertindak menolak seorang pemain MSS Batu Pahat dengan kasar. Ini menyebabkan pemain berkenaan bertindak balas sekaligus mencetuskan pertelagahan antara pemain kedua-dua pasukan.

Advertisements

Insiden ganas ini memaksa pasukan pengadilan bekerja keras untuk menenangkan pemain kedua-dua pasukan.

Setelah keadaan kembali terkawal, pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada dua pemain MSS Johor Bahru. Sementara seorang lagi pemain MSS Batu Pahat turut mengalami nasib sama.

@yeop_gagap89

Darah panas adik2 kita. Banyakkan bersabar. Kredit Video Asal: Sinija

♬ original sound – Meor Abdullah Syamim – Meor Abdullah Syamim
Advertisements

Ini bukan kali pertama insiden ganas berlaku dalam kalangan pemain berstatus akar umbi. Pada 12 Mei lalu, insiden pergaduhan tercetus antara pemain Melaka dan Sri Pahang FC dalam aksi Piala Belia 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram