Finalis Piala Asia 2023, Jordan tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran Pakistan dengan keputusan 3-0.
Skuad kendalian Hussein Ammouta turun dengan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Ali Olwan, Yazan Al-Naimat dan juga Mousa Al-Tamari mengetuai jentera serangan pasukan.
Jordan tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Mousa Al-Tamari pada minit ke-2 hasil hantaran cantik Mahmoud Al-Mardi.
Beraksi dalam formasi 3-4-3 memberi kelebihan serangan buat pasukan pelawat apabila memperoleh gol kedua yang disempurnakan oleh Ali Olwan hasil sepakan penalti.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-0.
Bersambung babak kedua, Jordan kelihatan bergelut untuk mengekalkan rentak selepas Pakistan mendapat rentak.
Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh ketua jurulatih Pakistan, Stephen Constantine bagaimanapun masih menemui jalan buntu.
Jordan melancarkan 15 percubaan ke gawang tuan membuahkan hasil apabila berjaya menambah gol ketiga hasil jaringan cantik Mousa Al-Tamari pada minit ke-86 menewaskan Yousuf Butt.
Jordan kini menghuni tangga ke-3 selepas tiga perlawanan dengan 4 mata sementara Pakistan di tangga tercorot tanpa sebarang mata.