“Jordan Saja Yang Selamat Dari Kumpulan E”
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Desas-desus mengenai status kejurulatihan selepas Piala Asia 2023 tamat menjadi bualan ramai apabila difahamkan jurulatih Jordan sahaja yang berjaya mengekalkan posisinya.

Beberapa keputusan mengejutkan telah berlaku di Qatar termasuklah penyingkiran Jepun dan Korea Selatan lebih awal.

Advertisements

Kekalahan pasukan pilihan juga menyebabkan pihak pengurusan membuat keputusan untuk merombak barisan kejurulatihan bagi tahun 2024.

Terbaru, dua jurulatih Kumpulan E, Jurgen Klinsmann (Korea Selatan) dan Juan Antonio Pizzi (Bahrain) tidak lagi bersama pasukan apabila ditamatkan kontraknya.

Advertisements

Selain itu, juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan juga tidak menyambung khidmat ketua jurulatih, Petar Sergt sungguhpun berjaya mara ke pentas suku akhir.

Menerusi hantaran terbaru oleh penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Piang Shankly, beliau memberi bayangan bahawa hanya Jordan yang selamat dari Kumpulan E.

Advertisements

Keadaan ini menimbulkan tanda tanya tentang masa depan ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon sama ada bakal meneruskan tugasnya bersama Harimau Malaya atau tidak.

Advertisements

Terbaru, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusuf Mahadi memberitahu bahawa pengendali kelahiran Korea Selatan itu bakal kekal di Malaysia setelah menyambung kontraknya sehingga tahun 2025.

Harimau Malaya akan mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Oman pada Mac ini dalam misi untuk mara ke pusingan berikutnya.

Advertisements

News Comments Account