Dua Jurulatih Lawan Malaysia Alami Nasib Serupa
Asia
Korea/Bahrain FA
Advertisements

Dua jurulatih pasukan lawan yang bertemu Malaysia akhirnya tersungkur apabila dipecat oleh pasukan masing-masing.

Tiga pasukan Kumpulan E di Piala Asia 2023 berjaya mara ke pusingan kalah mati namun nasib masih tidak menyebelahi pengendali mereka.

Tekanan yang diberikan oleh penyokong juga menyebabkan pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menjadi mangsa pertama ditunjukkan jalan keluar.

Advertisements

Taeguk Warriors tersingkir kepada Jordan pada aksi separuh akhir Piala Asia menyebabkan hasrat menjulang trofi itu terhalang.

Selain itu, pergolakan yang berlaku antara kapten pasukan, Son Heung-min dan Lee Kang-in menambah tekanan yang menyebabkan Korea Selatan memgambil tindakan pantas.

Advertisements

Terbaru, giliran jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi pula dipecat selepas hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis ke atas Malaysia.

Kekalahan kepada Jepun pada pusingan kalah mati menyebabkan pasukan melepaskan khidmat pengendali kelahiran Argentina itu serta-merta selepas hanya 6 bulan mengendalikan pasukan.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal meneruskan langkah pada pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bersambung pada Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram