Jurgen Klinsmann Dipecat Sebagai Jurulatih Korea Selatan
Asia
FA Korea
Advertisements

Kedudukan legenda Jerman, Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih Korea Selatan akhirnya didedahkan hari ini.

Portal Sports Chosun melaporkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) telah memutuskan untuk menyingkirkan beliau sebagai jurulatih.

Keputusan ini diambil selepas Jawatankuasa Teknikal KFA mencadangkan agar nama Klinsmann digugurkan sebagai jurulatih susulan kegagalan layak ke final Piala Asia 2023.

Advertisements

Keputusan pemecatan itu turut dimaklumkan kepada Klinsmann menerusi panggilan telefon sebelum Presiden KFA, Chung Mong-gyu mengumumkan pemecatannya kepada media.

KFA dijangka perlu membayar pampasan berjumlah AS$5 juta (RM24 juta) kerana menamatkan khidmat beliau.

Advertisements

Seakan mengetahui bahawa dirinya akan dipecat, bekas jurulatih Jerman itu mengucapkan terima kasih kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan penyokong sepanjang bersama Korea Selatan.

Klinsmann turut mengucapkan selamat berjaya kepada Pahlawan Taeguk selepas ini. Perkara sama pernah dilakukan beliau semasa bersama kelab Jerman, Hertha Berlin sebelum ini.

Advertisements

“Kepada semua pemain, staf kejurulatihan dan semua peminat bola sepak Korea dengan ikhlas dan rasa syukur!

“Terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan anda yang membawa kami ke separuh akhir Piala Asia dan pengembaraan yang hebat dalam tempoh 12 bulan dan tidak kalah 13 perlawanan berturut-turut! Teruskan berjuang,” katanya di X.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan seorang jurulatih interim akan dilantik bagi membimbing Korea Selatan untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijangka berlangsung pada bulan hadapan.

Antara nama yang dicanang bakal mengisi kerusi panas itu ialah legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo dan Kim Ki-dong.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram