Jurulatih Bahrain Dipecat Selepas 8 Bulan Berbakti
Asia
Bahrain FA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bahrain, Juan Antonio Pizzi menjadi ‘mangsa’ seterusnya apabila tidak lagi membimbing pasukan.

Pengendali berusia 55 tahun itu mengemudi Bahrain ke Piala Asia dengan momentum baik apabila layak ke pusingan kalah mati.

Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai jurulatih pasukan kira-kira bulan Julai yang lalu berjaya membantu pasukan muncul selaku juara Kumpulan E di Piala Asia 2023.

Advertisements

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Bahrain apabila bertemu dengan Jepun pada pusingan kalah mati di Qatar yang menyaksikan mereka tewas dengan keputusan 1-3.

Kemaraan dua lagi rakan sepasukan, Korea Selatan ke separuh akhir dan Jordan ke pentas akhir memberi kesan kepada kedudukan Pizzi.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman oleh Persatuan Bola Sepak Bahrain (BFA), pihak pengurusan telah mencapai kata sepakat bersama pengendali kelahiran Argentina itu untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

“Dalam tempoh semasa, Lembaga Pengarah Persatuan Bola Sepak Bahrain akan mengkaji beberapa
CV yang dibentangkan untuk mengetuai kakitangan teknikal pasukan kebangsaan.”

Advertisements

“Sebagai persediaan untuk memilih salah seorang daripada mereka, dan mendedahkan identiti kakitangan teknikal dan pentadbiran pasukan, terutamanya dengan pasukan yang hampir menamatkan perjalanannya dalam kelayakan berganda bagi 2026 Piala Dunia dan Piala Asia 2027.”

“Lembaga Pengarah Persatuan Bola Sepak Bahrain merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas usaha yang dilakukan oleh kakitangan teknikal dan pentadbiran pasukan kebangsaan pertama, yang diketuai oleh jurulatih Argentina, Juan Pizzi, dalam tempoh baru-baru ini.”

Advertisements

“Persatuan Bola Sepak Bahrain mengumumkan penamatan kontrak dengan kakitangan teknikal dan pentadbiran yang pertama pasukan bola sepak kebangsaan, dengan persetujuan bersama antara kedua-dua pihak,” ujar Bahrain dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod pertemuan, Bahrain hanya mampu merekodkan kemenangan tipis 1-0 berdepan Malaysia hasil jaringan saat akhir ketika Piala Asia tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram