Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Iker Undabarrena membawa fokus besarnya bersama pasukan.
Tonggak berusia 29 tahun itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab LaLiga, CD Leganea bagi jendela perpindahan kedua.
Pemain kelahiran Sepanyol ini melakukan debutnya ketika menentang Penang FC yang berkesudahan dengan kemenangan 5-0 memihak tuan rumah.
Beliau memainkan peranan penting untuk mengemudi jentera tengah JDT bersama-sama Natxo Insa san juga Juan Muniz.
Iker kelihatan berpuas hati apabila berjaya mendapatkan debut idamannya sejak tiba di Malaysa untuk membantu pasukan kendalian Hector Bidoglio.
Fokus besarnya kini terarah kepada misi JDT untu beraksi di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.
“Hi penyokong JDT. Satu aksi yang hebat, jom kita fokus kepada aksi ACLE,” katanya oleh Johor Southern Tigers.
JDT bakal membuka langkah aksi ACLE menentang jaguh China, Shanghai Port pada 18 September 2024 di gelanggang lawan.
Juara Piala FA 2024 itu membawa momentum terbaik apabila tidak tewas dalam mana-mana perlawanan domestik pada musim ini.